Monday, 11 August 2014

PERMULAANKU

Bismillah,
Assalamualaikum semua,
Ini adalah langkah pertama Kak Yatty di dalam dunia blog nie, so maknanya akak masih lg belajar...

Tujuan akak buat blog ni adalah utk berniaga online...
Berniaga???
yesss....Itulah kerja akak skrg nih. Akak jual barangan kecantikan, kesihatan dan aksesori wanita je setakat ni. Maklumlah nak tanggung keluarga la katakan... Anak2 pon semua masih belajar lg...so akak kene la usaha lebih sikit...
Lagipon berniaga tu kan sunnah nabi...

Sabda Rasulullah SAW "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".
(Riwayat Tarmizi)

Dalam hadis diriwayatkan Al-Bukhari daripada Miqdam ra, Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud: “Tidak ada makanan yang dimakan seseorang sama sekali tidak yang lebih baik daripada memakan makanan hasil usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud memakan hasil usaha tangannya sendiri.” 

Begitulah pujian dan keutamaan bagi yang bekerja sendiri sama ada berniaga atau bercucuk tanam dan seumpamanya. Pekerjaan yang dibuat itu mesti halal dan tidak melanggar hukum syarak.

Sebab itulah berniaga ni kita kena rajin & ikhlas...bukan sebab nak nama ataupun untung je tp untuk bantu memudahkan urusan org lain jgk...Nanti Allah pon akan memudahkan urusan kita jgk... In shaa Allah ^_^

Oklah, itu je kot buat masa ni yang akak dpt tulis...Bila baru belajar ni, mestilah byk lg kekurangan yg perlu akak touch-up2 lg...so maaf la yer apa2 yg terkurang tu... 
Assalamualaikum ^_^


 <3 Kak Yatty <3

No comments:

Post a Comment